Home » » Nizar News:Shahidan buat laporan polis berhubung isu Dr Asri

Nizar News:Shahidan buat laporan polis berhubung isu Dr Asri

Written By canang on Rabu, 4 November 2009 | 11/04/2009 07:47:00 PTG

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, membuat laporan polis berhubung memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan kenyataan seorang pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berhubung isu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Shahidan membuat laporan itu di Balai Polis Kangar.
Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu, Shahidan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang mendakwa memorandum PGSM kepada Yang di-Pertuan Agong itu telah menjejaskan nama baik Perlis.

Memorandum bertarikh 12 Oktober itu antara lain menyebut pendekatan ekstrem Dr Mohd Asri telah mengudang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam seluruh negara khususnya di Perlis dan menjadi punca kepada beberapa kejadian pergaduhan.
Penolong Pengarah ILIM, Zamihan Mat Zain Al Ghani, dalam kenyataannya, pula mendakwa Dr Mohd Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah daripada Universiti Jordan.
Shahidan berkata, beliau membuat laporan itu kerana pelantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis dilakukan ketika beliau menjadi Menteri Besar Perlis. -
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger