Home » » Nizar vs Zambry,News:Perlawanan amal Pemuda PAS-Umno bantu pasukan Seladang

Nizar vs Zambry,News:Perlawanan amal Pemuda PAS-Umno bantu pasukan Seladang

Written By canang on Khamis, 19 November 2009 | 11/19/2009 03:37:00 PTG



IPOH, 19 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mengajak Pergerakan Pemuda Umno negeri itu mengadakan perlawanan amal bola sepak bagi bagi mengumpul dana membantu pasukan bola sepak negeri itu beraksi pada Liga Super musim depan.

Setiausahanya, Dr. Raja Ahmad Al- Hiss dalam surat jempuatan memberitahu, DPP Perak bersedia mengenepikan sentimen politik kepartian bagi menyelamatkan pasukan bola sepak negeri itu yang terkenal dengan jolokan Pasukan Seladang yang kini dihimpit masalah kewangan.

"Pihak kami bersedia mengenepikan sentimen politik demi sukan bolasepak Negeri Perak bagi memastikan dengan usaha sedikit ini kita sama-sama dapat membantu Pasukan Bolasepak Seladang Perak untuk bersama semula di dalam kancah Liga Super musim baru ini," kenyataan beliau dipetik.

Mereka mencadangkan 29 November ini sebagai hari perlawanan tersebut manakala tempat masih belum diputuskan.

Usaha tersebut dilihat mampu menarik lebih ramai rakyat negeri itu menyumbang kearah kemajuan pasukan kesayangan mereka.

"Kami yakin kita akan bersama-sama penyokong, peminat dan rakyat Negeri Perak akan terus memastikan Pasukan Bolasepak kita tidak terkubur nanti," katanya lagi.

Pasukan Seladang kini berdepan masalah kewangan dan mungkin tidak dapat beraksi pada Liga Super musim depan.

Ianya ekoran kegagalan pihak pengurusan Persatuan Bolsepak Perak membayar hasil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mengikut syarat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mana-mana pasukan yang gagal menjelaskan bayaran tersebut adalah tidak layak menyertai Liga Super kali ini.

DPP Perak antara yang giat menjalankan usaha mengumpul dana bagi membantu pasukan bola sepak negeri itu agar dapat beraksi musim depan.

Sebelum ini mereka telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tujuan tersebut.

Hasilnya mereka telah melancarkan 'Kempen Seringgit (RM1)' untuk tabung bantuan kepada persatuan bolasepak negeri itu.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger