Home » » SPRM Akui Ahli Politik Paling Kerap Terlibat Rasuah

SPRM Akui Ahli Politik Paling Kerap Terlibat Rasuah

Written By canang on Isnin, 30 November 2009 | 11/30/2009 07:35:00 PTG


Transparency International Malaysia(TI-M) sebulat suara bersetuju bahawa ketelusan memainkan peranan penting dalam memastikan amalan rasuah tidak berlaku di kalangan ahli politik menjelang pilihan raya.

Seminar mengupas isu politik wang itu juga turut menyaksikan pelbagai pandangan daripada panel berhubung langkah mengatasi amalam berkenaan.

Antara cadangan yang diutarakan dalam seminar berkenaan adalah dalam membeanteras amalan rasuah ini, ia tidak seharusnya disandarkan penuh kepada polis semata-mata.


“Cara yang terbaik yang boleh saya cadangkan ialah tidak meletakkan tanggungjawab memerangi rasuah ke atas pihak polis",kata Proffesor Jon S.T. Quah,Perunding Anti Rasuah Singapura.

Manakala Datuk Wira Wan Ahmad,Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya pula berkata,“Faktor kegagalan dalam memastikan ketelusan dalam pengurusan wang politik antaranya adalah sikap ahli politik itu sendiri dan juga partinya yang menjalankan aktiviti tidak sah untuk menang undi dalam sesuatu pilihanraya".

Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Professional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Abdul Wahab Abdul Aziz, pula mengakui bahawa kebanyakkan kes penyelewengan wang di negara ini terjadi dikalangan ahli politik.

“Parti plitik adalah sektor yang paling banyak terlibat dengan rasuah. Sebanyak 42% parti politik terlibat dalam rasuah mengikut kajian yang dibuat",katanya.

Seminar sehari ini adalah antara usaha Tranparency International memerangi jenayah politik yang melibatkan jutaan ringgit akibat penyalahgunaan wang terutama ketika musim pilihanraya.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger