Home » » Undian TV Selangor Sokong Katak Pelabuhan Klang Letak Jawatan/Nizar News

Undian TV Selangor Sokong Katak Pelabuhan Klang Letak Jawatan/Nizar News

Written By canang on Rabu, 11 November 2009 | 11/11/2009 07:09:00 PG



Statistik yang diperolehi daripada undian yang dijalankan di laman web TV Selangor mendapati,daripada 678pengundi,64% bersetuju ADUN Pelabuhan Klang,Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatannya dengan kadar segera.
10% daripadanya masih menyokong beliau memegang jawatan itu sehingga Pilihanraya Umum 13 yang menentukan kerjaya politik beliau.
Dan,tiada yang menyokong agar beliau bersara terus dari arena politik negara.
Badrul Hisham dikatakan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang seharusnya membela dan menjaga kebajikan rakyat Pelabuhan Klang yang telah mengundinya pada pilihanraya lalu.

Tidak lama selepas itu,beliau menimbulkan kontroversi dengan menyatakan keputusan keluar dari PKR tanpa meletakkan jawatan sebagai ADUN.
Isu Badrul mula mendapat liputan meluas media arus perdana dan alternatif.
Sehingga kini kerana masih menjawat jawatan ADUN Pelabuhan Klang walaupun setelah di desak berkali kali untuk letak jawatan oleh pelbagai pihak khususnya penduduk di Pelabuhan Klang.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger