Home » » Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja

Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja

Written By canang on Selasa, 15 Disember 2009 | 12/15/2009 01:32:00 PTG


KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menter, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.

Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan dengan 66 menyokong manakala 63 menolak. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti i Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.



Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet keseluruhan.

Najib bergegas ke Parlimen selepas berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini malam tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga bergegas ke Parlimen dari lokasi majlis tersebut.

Kini, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat manakala PR 82 manakala tiga yang lain adalah Bebas.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger