Home »
» Buku mengenai Mahathir tersadai di Perlabuhan Klang
Buku mengenai Mahathir tersadai di Perlabuhan Klang
Written By canang on Sabtu, 19 Disember 2009 | 12/19/2009 01:41:00 PTG
KLANG, 18 Dis: Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja telah menahan 800 naskah buku mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times' yang dilihat sangat kritikal kepada beliau.Menurut sumber, sudah tiga minggu buku itu sampai ke Perlabuhan Klang namun sehingga kini ia belum dilepaskan oleh Jabatan Kastam untuk diedarkan di negara ini.
Sebelum ini, Harakahdaily telah menyiarkan kandungan kritikal buku yang ditulis oleh bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal, Barry Wain itu.
Buku itu ditulis secara kritikal terhadap Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri negara ini.
Ia ditulis oleh Wain berdasarkan kajian yang dibuat beliau dan lain-lain pihak mengenai Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama hingga kini.
Antara yang ditulis Wain adalah Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.
Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.
Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan