Home »
» Dewan Tolak Usul Bincang Laporan Kewangan Petronas
Dewan Tolak Usul Bincang Laporan Kewangan Petronas
Written By canang on Isnin, 14 Disember 2009 | 12/14/2009 05:38:00 PTG
Usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) bagi membincangkan Laporan Kewangan Petronas untuk separuh tahun pertama 2009 ditolak Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usul itu tidak mengikut Peraturan 18(2) kerana tidak mempunyai perkara yang tidak perlu disegerakan.
Bagaimanapun beliau berkata perkara itu masih boleh dibangkitkan pada masa akan datang contohnya ketika Dewan Rakyat membahaskan bajet tambahan.
Bagaimanapun beliau berkata perkara itu masih boleh dibangkitkan pada masa akan datang contohnya ketika Dewan Rakyat membahaskan bajet tambahan.
Melalui usul berkenaan, Anwar berkata, laporan itu menunjukkan kejatuhan purata pendapatan Petronas sebanyak RM58 bilion atau 37.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang diumumkan pada 8 Disember lalu.
Anwar berakata, perkara itu menjejaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan Bajet 2010 negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan Rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan