Home » » Empat beranak rentung dalam kemalangan di Tangkak

Empat beranak rentung dalam kemalangan di Tangkak

Written By canang on Ahad, 27 Disember 2009 | 12/27/2009 01:08:00 PTG

Empat beranak terbunuh dengan tiga daripada mereka rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM6.4, Jalan Parit Bunga-Tangkak, di sini, malam tadi.

Ketiga-tiga mereka rentung selepas terperangkap dalam van Nissan Vanette
yang terbalik dan terbakar selepas bertembung dengan sebuah Toyota Innova dan kemudiannya berlanggar dengan dua lagi kenderaan, kata Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Ledang Insp Sayuti Mohamad.

Katanya mangsa yang rentung adalah Ong Buu Siong, 46, dan dua anak lelakinya, Zhen Hui, 7, dan Zhen Zhee manakala seorang lagi anaknya, Zhen Jie meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.



Isteri Ong, Tan Yee Kiang, 32, dan anak bongsu mereka, Ong Zhen Ki yang berumur satu setengah tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai dan kini
dirawat di hospital yang sama dan keadaan mereka dilaporkan stabil, katanya

kepada pemberita di sini.

Katanya sembilan penumpang dalam tiga buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan kira-kira 10.30 malam itu hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar.

Sayuti berkata kemalangan terbabit berlaku ketika mangsa sekeluarga yang
berasal dari Jalan Kim Kee, Muar dalam perjalanan ke Tangkak.

"Setiba di tempat kejadian, van mangsa bertembung dengan kenderaan Toyota Innova yang datang dari arah Tangkak. Van tersebut kemudian terbalik dan terbakar selepas berlanggar dengan dua lagi kenderaan lain, Toyota Wish dan
Toyota Vios," katanya.

Katanya ketiga-tiga mayat yang rentung dibawa ke Hospital Daerah Ledang di
sini untuk bedah siasat.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger