Home »
» Enjin jet dan C4: Menteri Pertahanan mesti ambil tanggungjawab
Enjin jet dan C4: Menteri Pertahanan mesti ambil tanggungjawab
Written By canang on Isnin, 21 Disember 2009 | 12/21/2009 04:33:00 PTG
Pemimpin Umno yang menjadi Menteri Pertahanan ketika berlakunya kehilangan enjin jet Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku bukan membuat penafian begitu sahaja.Pemimpin berkenaan juga perlu bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan peledak C4 oleh dua anggota polis ketika meletupkan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, sehingga hancur berkecai kerana ia biasanya digunakan tentera bukannya polis.
Demikian kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
"Sebagai menteri beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kedua-dua kejadian ini, beliau mesti menjawab secara rasmi, dengan kenyataan bertulis dan disertakan dengan sokongan-sokongan bukan hanya melalui penafian dan sumpah semata-mata," kata Dr Lo' Lo'.
Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua peristiwa penting ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa yang begitu jelas dan menimbulkan tanda tanya.
Dr Lo' Lo' dipercayai mengulas peristiwa kehilangan sebuah enjin jet pejuang F-5E milik TUDM yang berharga lebih RM50 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan tidak berniat untuk menutup hal itu.
Beliau berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan telah membuat laporan polis sebaik sahaja perkara itu diketahui hujung tahun lepas.
Ketika peristiwa kehilangan enjin jet itu berlaku, Menteri Pertahanan adalah Najib sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan