Home » » Forum BTN: Peserta Pohon Perlindungan Agama dan Akal dari Bencana Perkauman

Forum BTN: Peserta Pohon Perlindungan Agama dan Akal dari Bencana Perkauman

Written By canang on Khamis, 24 Disember 2009 | 12/24/2009 09:02:00 PG


Forum 'BTN: Patriotik atau Perkauman' menyaksikan kehadiran yang amat memberangsangkan dari masyarakat.

Membanjiri pintu masuk Teater PJLA Petaling Jaya seawal 8 malam, wacana membedah-siasat modul Biro Tata Negara mendapat sambutan dari golongan dewasa dan belia muda yang prihatin dengan barah perkauman yang di sebarkan kursus Jabatan Perdana Menteri itu.

Wacana anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini menampilkan panelis muda dan profesional seperti Amirudin Shari (Adun Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia), budayawan Eddin Khoo, penulis KJ John dan bekas calon Umno untuk Parlimen Tumpat Asyraf Wajdi Dusuki.


Forum ini terbit dikala adun-adun Selangor menggesa Menteri Besar Selangor menghentikan penghantaran pelajar-pelajar institut pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program tersebut.

Berdasarkan kepada pengalaman mereka menghadiri kursus BTN, Amiruddin Shari dan Nik Nazmi berkata BTN melahirkan kader-kader perkauman yang boleh menggugat kestabilan kaum dan bukannya patriot yang cintakan negara merentasi kejumudan politik.

Di wacana malam tadi, selepas para panelis selesai menyampikan hujah masing-masing, perbincangan menyaksikan para hadirin mencari kata putus dari ajaran agama masing-masing.

Ternyata dikala masyarakat dihimpit tekanan perkauman, seorang peserta berkata masyarakat perlu memilih antara mendaulatkan agama yang menolak warna kulit, atau memilih ideologi politik rasis, dalam mencorak jati diri generasi Malaysia akan datang.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger