Menurut kajian terbaru dijalankan profesor sosiologi di Universiti Raja Saud, Sara al-Abdulkareem, Kementerian Pendudukan memainkan peranan utama menggerakkan kempen kesedaran sosial terhadap isu itu.
Pakar ginaekologi di Pusat Perubatan Raja Saud, Muna al-Awad, pula berkata dia menerima sekurang-kurangnya tiga aduan kes serangan seksual setiap minggu.
“Kebanyakannya dilakukan majikan terhadap pembantu rumah,” katanya semalam.

Sara dan Muna membentangkan kajian mereka sempena persidangan di Kolej Sains Kesihatan Wanita di Riyadh bertemakan Perlindungan Keluarga Daripada Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak.
Muna berkata, keganasan domestik di Arab Saudi mewakili 22 peratus daripada 5,600 kes penderaan rumah tangga diteliti Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan.
“Sebanyak 20 peratus daripada setiap 300 kes direkodkan membabitkan sumbang mahram, manakala penghinaan lisan terhadap wanita adalah perkara lumrah,” katanya.
Keganasan terhadap wanita pula membabitkan penafian hak asasi golongan itu, termasuk menghalang mereka mendapat pendidikan awam, mengehadkan pergerakan dan kahwin paksa, terutama dengan lelaki tua.
Kata Muna, wanita berkahwin paling terdedah kepada keganasan di tangan suami, manakala wanita bujang pula berdepan dengan pelbagai ancaman daripada adik-beradik lelaki.
“Kadang-kadang adik-beradik bertindak lebih ganas berbanding bapa mereka,” katanya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan