Home » » Beraninya Gani Patail bedil Najib!

Beraninya Gani Patail bedil Najib!

Written By canang on Rabu, 6 Januari 2010 | 1/06/2010 12:49:00 PTG

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya semalam ketika menyentuh isu kehilangan enjin jet pejuang F-5E memberitahu wartawan, "Saya tidak tahu sama ada ia (enjin jet) akan dijadikan BESI BURUK atau BATU LADUNG untuk memancing ikan...".

Apa maksud Gani Patail enjin jet pejuang F-5E sesuai untuk dijadikan besi buruk dan batu ladung untuk memancing ikan?

Apakah enjin jet yang dibeli pada tahun 1974 itu begitu buruk dan teruk hingga ianya cuma sesuai dijadikan besi buruk dan batu ladung saja?

Jika enjin kenderaan seperti motokar, bas dan lori yang dikeluarkan pada tahun 1970an masih aktif atas jalanraya kita, apakah jentera keselamatan negara begitu teruk dan daif hingga cuma layak dijual sebagai besi buruk saja?



Sebelum ini banyak desas-desus bahawa peralatan keselamatan negara adalah terdiri dari bahan yang ketinggalan zaman tapi ia masih digunakan kerana terikat dengan kontrak jangka panjang yang diragui ketelusan pembeliannya.

Akibat penggunaan pesawat yang tidak sesuai ini, sudah banyak nyawa tentera udara kita terkorban.

Najib adalah merupakan Menteri Pertahanan yang paling lama menjawat jawatan itu dalam kabinet negara. Beliau tentu tahu banyak perkara mengenai pesawat udara.

Tapi Peguam Negara menyatakan enjin pessawat kita yang bernilai RM50 juta setiap satu itu hanya sesuai untuk dijadikan besi buruk. Nampaknya sama ada sedar atau tidak Gani Patail telah membedil batang hidung Najib!!


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger