Home » » Di Ambang Tahun Baru:Gadai nyawa elak tangkapan khalwat

Di Ambang Tahun Baru:Gadai nyawa elak tangkapan khalwat

Written By canang on Sabtu, 2 Januari 2010 | 1/02/2010 09:10:00 PG


Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.

Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut.


Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger