Home » » Gereja dilempar cat merah

Gereja dilempar cat merah

Written By canang on Khamis, 14 Januari 2010 | 1/14/2010 08:10:00 PTG

Sebuah gereja katolik, St Elizabeth di Jalan Kota Kecil, di sini, dilempar cat merah yang dipercayai berlaku awal hari ini.
"Terdapat tujuh kesan dua jenis cat merah di gereja itu termasuk di pintu pagar utama, pintu masuk hadapan dan bahagian perkarangan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Osman berkata individu yang terlibat dalam kejadian itu didapati memasukkan dua jenis cat merah berkenaan ke dalam tujuh bungkus plastik sebelum melemparkan ke gereja tersebut, sama ada dari bahagian hadapan pintu pagar utama atau dari tepi.


Beliau berkata polis turut menemui dua tong cat, satu cat merah dan coklat, yang ditinggalkan di dalam longkang di luar pagar gereja itu.
Berdasarkan sebahagian cat yang masih basah, Osman berkata pihaknya percaya kejadian itu berlaku antara pukul 6 hingga 7 pagi tadi dan dilakukan oleh lebih daripada dua individu.
"Kita tidak mahu membuat spekulasi dan sedang menyiasat motif kejadian ini termasuk mengesan saksi kejadian. Mana-mana orang ramai yang melihat kejadian ini diminta tampil membuat laporan ke balai polis," katanya.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger