Home » » Isteri bintang bola sepak England bangga hilang dara dan mengaku dia ditiduri lelaki ketika baru berusia 15 tahun.

Isteri bintang bola sepak England bangga hilang dara dan mengaku dia ditiduri lelaki ketika baru berusia 15 tahun.

Written By canang on Ahad, 10 Januari 2010 | 1/10/2010 03:26:00 PTG


LONDON: Isteri bintang bola sepak England dan penyanyi kumpulan Girls Aloud, Cheryl Cole, mengaku dia ditiduri lelaki ketika baru berusia 15 tahun.Tanpa sebarang rasa bersalah, Cheryl sebaliknya berbangga kerana teman lelakinya itu dipaksa menunggu sehingga tiga bulan sebelum dia menyerahkan daranya.
Kini menjadi juri program realiti televisyen, X Factor, Cheryl berkata dia kagum kepada dirinya sendiri kerana mampu memaksa teman lelakinya menunggu selama itu.
Dalam temu bual dengan sebuah majalah, Cheryl, 26, berkata dia juga tidak pernah berasmara dengan lelaki baru dikenali.“Idea membawa lelaki belum benar-benar dikenali ke ranjang menakutkan saya,” katanya.
Mengenai status rumah tangganya dengan pemain England dan Chelsea, Ashley Cole, Cheryl berkata, ia goyah pada Januari 2008 apabila akhbar melaporkan kecurangan suaminya.


Ketika itu, Cole, 29, didedahkan menjalin hubungan sulit dengan dua wanita, termasuk seorang daripadanya model Scotland, Brooke Healy.
Ketika krisis itu berlangsung, Cheryl dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya yang bernilai lebih RM866,000.
Walaupun ketika itu ejennya mendakwa Cheryl tertinggal cincin berlian itu di tandas, kini model produk kecantikan L'Oreal itu berkata, keputusannya tidak menyarung cincin dibuat semata-mata atas faktor fesyen.
“Disebabkan cincin itu kuning, ia tidak sepadan dengan semua warna pakaian,” katanya.Pada satu ketika, katanya, Cole menangis kerana laporan itu mengancam rumah tangga mereka.
“Keluarga saya sukakan Cole, tetapi gossip itu menyebabkan hampir semua orang - termasuk di kalangan rakan karib

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger