
Satu lagi laporan polis dibuat terhadap Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah kerana keengganannya menandatangai borang serah salinan kenyataan medianya yang dibuat bulan lalu semasa beliau disoalsiasat.
Katanya, kenyataan media itu bagaimanapun diambil pegawai penyiasat bertugas sebagai bahan bukti dalam kes beliau didakwa menakut-nakutkan polis kerana meminta agensi itu menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Saya mahu memberi salinan kenyataan saya kepada dia (Pegawai Penyiasat, Ahmad Fauzi Mohamed Zin) , tetapi dia membuat satu lagi laporan polis untuk amblinya sebagai barang bukti.
“Dia tanya apa tujuan saya untuk mengeluarkan kenyataan tersebut, saya katakan saya akan jawab di mahkamah,” katanya.
Hian Wah berkata demikian pada sidang medianya selepas tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam pagi tadi.
Keterangan diambil di bawah Seksyen 112, Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam pada itu beliau beliau tetap dengan pendirian mempertahankan kenyataannya menyeru polis menghentikan siasatan ke atas Guan Eng.
Beliau sebaliknya mahu polis menumpukan perhatian mereka untuk membanteras jenayah dan merungkai kematian mantan Setiausaha Politiknya, Teoh Beng Hock.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, Guan Eng akan disiasat kerana mendakwa Beng Hock mati dibunuh, pada konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.
“Saya ingin menegaskan bahawa kita, peminpin DAP akan terus bercakap benar untuk menegakkan keadilan. Kita tidak akan berundur walaupun terdapat tekanan daripada sesetengah pihak.
“Kita mahu pihak polis menumpu perhatian dan tenaga mereka untuk membanteras jenayah dan mencari kisah sebenar kematian Teoh Beng Hock, bukan membazirkan masa untuk menyiasat peminpin-peminpin DAP dan Pakatan Rakyat yang tidak bersalah,”katanya.
Sementara itu Peguamnya, Lim Lip Eng berkata pegawai berkenaan memberikan salinan itu kepada pegawai penyiasat.
“Kemudiannya pegawai penyiasat menyediakan borang rampas dan meminta anak guam saya untuk tandatangan. Tetapi saya nasihatkan dia supaya tidak menandatangainya kerana dalam seksyen 112 ia menyatakan bersama-sama kenyataan ini saya melampirkan satu kenyataan akhbar bertarikh 25 Disember tahun lalu,”katanya.
Beliau menyifatkan tindakan pegawai penyiasat itu, membuat laporan polis bagi mengambil salinan tersebut dianggap sebagai mengarut dan kelakar.
“Pegawai itu, Ahmad Fauzi berkata anak guam saya disiasat kerana terdapat pegawai polis yang membuat laporan terhadap beliau,” katanya.
Dalam pada itu, Naib Pegerusi DAP, Tan Kok Wai menyifatkan tindakan berkenaan sebagai cubaan Barisan Nasional menimbulkan ketakutan di kalangan Pakatan Rakyat bermula dari pimpinan parti sehingga ke akar umbi dengan menggunakan semua agensi kerajaan.
“Selain dari Ean Yong yang diambil tindakan, sudah tentu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan liwat dan seorang lagi sasaran mereka, Nik Aziz. Namun kami menyatakan kepada Perdana Menteri kami bersedia, tidak takut kepada mereka dan kami akan tetap dengan misi menyelamatkan Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Teresa Kok meminta Khalid supaya menghentikan siasatan terhadap Hian Wah dengan segera dan penyalahgunaan kuasa polis yang menjadi alat politik Barisan Nasional serta mengembalikan integriti agensi penguatkuasaan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan