Home » » Lesbian pertama jadi datuk bandar

Lesbian pertama jadi datuk bandar

Written By canang on Selasa, 5 Januari 2010 | 1/05/2010 09:57:00 PTG


HOUSTON - Seorang wanita, Annise Parker (gambar) menjadi lesbian pertama mengangkat sumpah menjadi Datuk Bandar Houston di Amerika Syarikat (AS).

Annise yang berumur 53 tahun mengangkat sumpah secara rasmi sebagai datuk bandar yang ke-61 pada Sabtu lalu pada satu majlis tertutup.

Menurut akhbar Houston Chronicle, Annise mengangkat sumpah di depan Hakim Steven Kirkland-Parker.

Teman hidup datuk bandar itu, Kathy Hubbard turut hadir pada majlis tersebut.


Menurut satu kenyataan pejabat bandar raya itu, majlis tersebut dilangsungkan secara tertutup dengan tujuan untuk mengurangkan kos bayaran kerja lebih masa kakitangan Dewan Bandar Raya Houston.

Akhbar Windy City Times melaporkan bahawa kemenangan Parker yang memenangi pilihan raya pada 12 Disember lalu menjadikan dia lesbian pertama dipilih menjadi datuk banddar di salah sebuah bandar raya paling ramai penduduk di AS.

Majlis meraikan pelantikan dia sebagai datuk bandar turut diadakan semalam. - Agensi

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger