Home » » Manohara cari bakal suami

Manohara cari bakal suami

Written By canang on Selasa, 19 Januari 2010 | 1/19/2010 08:10:00 PTG


JAKARTA - Manohara Odelia Pinot (gambar) iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry telah membuka pintu hatinya untuk mencari calon suami, lapor akhbar RMBlitz semalam.
"Jika ada yang sesuai (jika terjumpa calon suami baru) kenapa tidak?" kata Manohara semasa ditemui di Jeruk Purut, Jakarta Selatan, baru-baru ini.


Menurutnya, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Mano di Indonesia tidak menetapkan syarat-syarat tertentu terhadap lelaki yang mahu menjadi bakal calon suaminya.
"Yang penting ialah dia menghormati Mano dan keluarga (Mano)," katanya.
Manohara yang berusia 18 tahun mengaku walaupun sudah didampingi ramai lelaki, dia masih belum menemui calon yang sesuai.
Bekas model itu menjadi popular selepas kisahnya didera oleh suaminya mendapat liputan meluas akhbar-akhbar di Indonesia. - Agens

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger