Home » » Nizar: PR Boleh Menang Di Perak

Nizar: PR Boleh Menang Di Perak

Written By canang on Rabu, 20 Januari 2010 | 1/20/2010 08:32:00 PTG


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yakin Pakatan Rakyat akan menang sekiranya pilihan raya semula diadakan memandangkan pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak luntur.

Nizar turut mengulangi bahawa krisis yang berlaku di Perak boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan
Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Namun beliau tidak menafikan bahawa sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, Pas dan Parti
Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.


Katanya, ia berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain,"katanya pada sidang median di kediamannya sempena setahun kerajaan Pakatan Rakyat tumbang.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger