Home » » Rawatan berbogel rekaan bomoh untuk mengambil kesempatan

Rawatan berbogel rekaan bomoh untuk mengambil kesempatan

Written By canang on Selasa, 12 Januari 2010 | 1/12/2010 07:47:00 PTG

Upacara perbomohan yang melampau sehingga membuka aurat pesakit, malah membogelkannya dengan sewenang-wenangnya atas alasan yang sengaja direka demi nafsu disifatkan sebagai sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.
Menurutnya, kaedah perubatan dalam Islam tidak membenarkan aurat pesakit didedah dengan tanpa sebab munasabah, malah jika terpaksa sekali pun mesti terlebih dahulu meminta keizinan daripada suami pesakit atau mahramnya.
“Jika kesakitan bukan di tempat sulit, kenapa harus dibuka bahagian terbabit. Malah, sekiranya bahagian sulit dan dalam perubatan mesti tidak dapat tidak dibuka bahagian terbabit, ada syarat yang perlu dipatuhi pengamal perubatan termasuk meminta izin suami pesakit, bapanya atau mahramnya. “Berubat dan mengubat pesakit dalam Islam ada syarat dan panduan yang perlu dipatuhi. Jika terkeluar daripada panduan dikira sesat dan segala didamba itu adalah bidaah yang jelas sesat,” katanya, diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam. Kes itu membabitkan seorang bomoh yang memberikan rawatan pelik kepada seorang wanita dengan mengarahkan pesakit terbabit memegang alat kelaminnya atas dakwaan kononnya mahu memindahkan zikir selepas terkena santau ketika mahu mengurut kaki dan badan di spa di Taman Melawati. Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik kerana tidak menuruti arahan bomoh terbabit supaya memegang alat kelamin lelaki itu, sebaliknya menghentikan rawatan aneh berkenaan sebelum menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya.


Namun, bomoh berusia 50-an itu sempat melumurkan tepung pada seluruh badan mangsa yang sebelum itu diarahkan berbogel dengan alasan ia sebahagian daripada kaedah rawatannya biarpun perbuatan itu dipercayai sekadar mahu melampiaskan nafsu peliknya.
Zamihan berkata, dalam Islam tidak membenarkan pengucapan zikir di tempat dan situasi yang tidak sepatutnya, kerana boleh mendatangkan fitnah.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger