
LEBIH 10,000 peminat membanjiri konsert penyanyi popular Rihanna sempena sambutan Tahun Baru 2010 di pekarangan hotel mewah Emirates Palace di sini dan mencetuskan kontroversi apabila dia tampil berpakaian seksi.
Kemunculan penyanyi berusia 21 tahun itu menafikan laporan pada minggu lalu kononnya dia terpaksa berpakaian sopan dan mendapatkan lesen khas jika mahu mengadakan persembahan hiburan secara terbuka di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Peminat yang sanggup membayar tiket berharga 392 dirham (RM372) dihiburkan selama dua jam dan mereka bersama-sama Rihanna mengira detik akhir menjelang tengah malam sebelum memasuki tarikh 1 Januari 2010.
Persembahan itu diakhiri dengan pertunjukan bunga api dan lagu hit Umbrella manakala peminat kemudian meneruskan parti sambutan tahun baru di sebuah khemah khas besar yang dibina bersebelahan hotel. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan