Home » » SPR:Sistem undi awal mungkin ganti undi pos

SPR:Sistem undi awal mungkin ganti undi pos

Written By canang on Isnin, 25 Januari 2010 | 1/25/2010 09:02:00 PG


KUALA LUMPUR - Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara termasuk Thailand dan Indonesia.


Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal.

"Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti telah dijadualkan bertugas pada hari tersebut dan sebagainya," kata beliau.

Wan Ahmad berkata, mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka mengundi.

Share this article :

1 ulasan:

anakmuaallaf berkata...

Salam,

Undi awal dgn undi pos tu tak sama ke?Bukankah benda tu 2x5=5x2 ?...

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger