Dua individu lagi yang ditahan adalah dari Pejabat Tanah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dengan lima daripada mereka ditahan di bandar raya ini manakala seorang lagi di Kota Tinggi. Sumber mendakwa dua daripada enam yang ditahan itu disyaki menerima rasuah seks selain sogokan wang. Beliau berkata, semua yang ditahan adalah kakitangan kerajaan dan pihaknya percaya lebih ramai kakitangan swasta akan ditahan berkaitan kes sama.
“Terdapat bukti kukuh menunjukkan ia adalah satu jenayah terancang membabitkan kedua-dua pihak sama ada daripada sektor awam dan swasta serta dari pelbagai negeri. Semua kini ditahan reman dan dijangka didakwa minggu depan,” katanya semalam. Difahamkan, dua daripada suspek terbabit adalah pegawai kanan kerajaan dan sudah berkhidmat lebih 20 tahun.

Sumber itu berkata, SPRM melakukan siasatan mengenai kegiatan penyeludupan pasir terbabit selepas mereka menerima maklumat pertengahan tahun lalu.
Suspek berusia antara 30 dan 50 itu dikatakan menerima suapan bernilai antara RM500 dan RM3,000 dan sebahagian besar pasir dipercayai dicuri dari sungai di sekitar Kota Tinggi sebelum diseludup menerusi Tambak Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan