Home » » Wanita rakam gambar hantu di kubur

Wanita rakam gambar hantu di kubur

Written By canang on Jumaat, 22 Januari 2010 | 1/22/2010 09:20:00 PG


Seorang wanita, Renee English merakamkan gambar yang menunjukkan dua imej kanak-kanak sedang berjalan di sebuah tanah perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.
Semasa dia merakamkan gambar itu, tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.
Imej itu kini menjadi perdebatan hangat sama ada mereka ialah kanak-kanak yang meninggal dunia 60 tahun lalu.
Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon.


Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.
Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut.
"Apabila memuat naik gambar kami (dia dan keluarganya), melihat kanak-kanak itu. Semua bulu roma saya kemudian berdiri dan saya berasa seram sejuk.
"Saya tidak dapat tidur dan saya tidak akan melihat filem seram lagi," katanya.
Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger