Home » » UMNO n The Gang:Anwar: Ekonomi Malaysia Menuju Kehancuran Vietnam tumbuh 2 kali ganda dari Malaysia

UMNO n The Gang:Anwar: Ekonomi Malaysia Menuju Kehancuran Vietnam tumbuh 2 kali ganda dari Malaysia

Written By canang on Jumaat, 26 Februari 2010 | 2/26/2010 02:51:00 PTG



Tindakan Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan Malaysia, kononnya sudah keluar dari kemelesetan ekonom kerana mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pertumbuhan itu semata-mata bersandarkan kepada pakej ransangan ekonomi yang disuntik tahun lalu dan justeru itu, tidak dapat dipertahankan mahupun di lakukan secara berterusan.

"Saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," kata Mantan Tmbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.

Rabu lalu, Najib mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan.

Namun ada dua aspek yang sengaja tidak diumumkan oleh Najib. Pertama - Indeks harga pengguna yang mencerminkan kadar inflasi negara terus naik untuk Januari.

Najib juga menunda pengumuman mengenai kenaikan kadar tarif elektrik yang dibincangkan oleh Kabinet minggu lalu, kerana tidak mahu “berita buruk” itu menenggelami kenyataan beliau, kononnya Malaysia sudah keluar daripada kemelesetan ekonomi.

Anwar berkata, hakikat ialah Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.

"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri ialah di sebalik anggaran pertumbuhan lima peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia akan tetap ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam pada 2010 kelak," katanya.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi 2010, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mengalami kadar paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

"Kalau sebelumnya antara 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger