
MIAMI - Penggunaan dadah yang diharamkan, ganja semakin luas di kalangan warga emas Amerika Syarikat (AS).
Menurut kajian dari Pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan AS, bilangan penduduk berumur 50 tahun ke atas menggunakan ganja meningkat dari 1.9 peratus kepada 2,9 peratus dari 2002 hingga 2008.
Seorang warga emas, Perry Parks yang berumur 67 tahun dari North Carolina menggunakan ganja dua tahun lalu bagi mengubati kesakitan akibat arthritis dan sakit tulang belakang.
Parks sebelum ini pernah mencuba semua ubat-ubatan tetapi gagal mengurangkan kesakitan tetapi dia kini terkejut kerana ganja didapati mampu menghilangkan kesakitan.
Seorang lagi wanita, Florence Siegel berumur 88 tahun menghisap ganja pada waktu malam.
Dia yang berjalan menggunakan tongkat dan menghidap arthritis serta sakit tulang belakang berkata, ganja membantunya tidur lena berbanding ubat lain.
Pengasas kumpulan pembela ganja yang juga seorang peguam, Keith Stroup berumur 66 tahun berkata, anak-anaknya sudah besar menyebabkan dia mempunyai masa menghisap ganja pada waktu malam.

Namun, Ketua Geriatrik di Pusat Perubatan Universiti Chicago, Dr. William Dale berkata, warga emas yang menghisap ganja akan berisiko mendapat penyakit jantung. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan