Home » » 3 Pakar DNA Dan Forensik Hadir Dalam Perbicaraan Anwar

3 Pakar DNA Dan Forensik Hadir Dalam Perbicaraan Anwar

Written By canang on Khamis, 18 Februari 2010 | 2/18/2010 07:45:00 PTG


Prosiding perbicaraan konspirasi 2 terhadap Ketua Pemkbangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadiri tiga pakar DNA dan pakar forensik negara luar yang dilantik pihak pembelaan.

Pakar DNA, Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia, pakar forensik, Dr. C Damodaran dari Chennai, India dan Dr. David Wells dari Melbourne Australia tiba di mahkamah tepat pukul 8.40 pagi.

Mereka memegang peranan penting untuk membantu mencabar kesahihan bukti-bukti yang akan dibawa masuk oleh pihak pendakwa.

Peguam-peguam Anwar telah menyifatkan bukti-bukti pendakwaraya sebagai reka cipta.

Kepakaran mereka ini juga berguna untuk mempertahankan laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan pengadu Mohd Saiful adalah mangsa liwat.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger