Home »
» Anwar: Bukti Kukuh Hakim Berat Sebelah
Anwar: Bukti Kukuh Hakim Berat Sebelah
Written By canang on Rabu, 10 Februari 2010 | 2/10/2010 05:52:00 PTG
Hakim Mohamad Zabidin Diah akan mengumumkan apakah beliau akan menarik diri dari perbicaraan konspirasi dua Anwar Ibrahim apabila mahkamah bersidang semula 18 Februari depan.
Ketua pasukan peguambela Karpal Singh dalam penghujahannya berkata Hakim Zabidin Diah tidak mempunyai pilihan lain melainkan mengundur diri kerana telah 'menipu' semasa menolak permohonan kliennya meminta mahkamah memberi amaran kepada Utusan Malaysia.
Ditemui di perkarangan mahkamah, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata pihak pembelaan mempunyai justifikasi kukuh untuk mencurigai Hakim Zabidin.
“Permohonan menukarkan hakim itu dari kami kerana kami kemukakan bukti yang nyata dan sahih beberapa keputusan yang dibuat untuk melindungi media yang jelas memfitnah dan menipu berulang kali dan keengganan berbuat apa-apa menyebabkan kami curiga sama ada hakim akan bersikap adil ataupun tidak,”katanya di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Pasukan peguambela, diketuai Singa Bukit Gelugor, Karpal Singh, dalam penghujahannya berkata Hakim Zabidin Diah gagal menguruskan kes ini secara objektif dan saksama
Mereka menggesa mahkamah memberi amaran kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan dua laporan berniat jahat terhadap Anwar pada 4 Februari lalu. Karpal sekali lagi membuat gesaan yang sama keesokan harinya selepas akhbar pro-pemerintah itu menyiarkan gambar sebuah katil dengan kapsyen mendakwa kejadian liwat itu berlaku di atas katil tersebut.
“Berkaitan dengan 2 laporan dalam Utusan Malaysia, dimana saya menyatakan hakim seperti bohong. Aapabila dia menyatakan apa yang berlaku mengenai Saiful menunjukkan katil dalam bilik itu bukan dalam mahkamah terbuka, hakim ada menyatakan itu dalam mahkamah terbuka dan oleh itu tidak ada apa-apa kesalahan oleh Utusan Malaysia tetapi itu tidak berlaku dalam mahkamah terbuka.
“Oleh itu, apa yang jadi kepsyen kepada gambar di mana Saiful menunjukkan katil, itu bermakna hakim tidak menyatakan apa yang benar, dan oleh itu, ia mencukupi untuk dia menarik diri sebagai hakim,”katanya.-YUSMAWATI MHD YUSOF
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
P
Catat Ulasan