Home » » Anwar Kesal Pemerintah Peralat AG

Anwar Kesal Pemerintah Peralat AG

Written By canang on Khamis, 18 Februari 2010 | 2/18/2010 06:04:00 PTG


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diperalat Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor dalam perbicaraan konspirasi 2.

"Proses undang-undang harus saksama, dan mana-mana pertuduhan menuntut kepada asas yang kuat. Namun kita lihat Perdana Menteri dan isterinya memperalatkan Peguam untuk terus mendakwa," kata Anwar.

Anwar berkata demikian di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas perbicaraan tuduhan liwat II terhadapnya ditangguhkan sehingga 25 Mac depan.

Terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah enggan menarik diri dari menghakimi perbicaraan Anwar dengan alasan menjadi tanggungjawab beliau melaksanakannya.

Semalam, Mahkamah Rayuan turut menolak permohonan Anwar agar pertuduhan liwat itu digugurkan walaupun laporan perubatan oleh 3 pakar dari hospital Kuala Lumpur menyatakan tiada kesan tusukan di dubur pengadu, Mohd Saiful bukhari Azlan.


"Soal tuduh-menuduh telah digariskan dengan jelas oleh hukum syariah, sepertimana yang ditegaskan oleh Sheikh Yusof Qardhawi. Beliau mengingatkan umat Islam untuk tidak terpedaya dan elakkan bersekongkol dengan golongan fasik," kata Anwar.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger