Home »
» Anwar Puji Keberanian Nizar, Gobind Singh
Anwar Puji Keberanian Nizar, Gobind Singh
Written By canang on Jumaat, 12 Februari 2010 | 2/12/2010 01:05:00 PTG
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan kepimpinan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, sebagai pejuang yang bertanggungjawab dan berani.
Beliau memuji Nizar sebagai pemimpin yang telus dan tidak gentar berdepan ancaman mahupun ugutan lawan.
“Saya gelar dia Bendahara Tun Perak. Dia ada tokoh pejuang. Bukan calang-calang orang. Kalau orang lain, jangan kata diugut, kejut sikit pun lompat.
"Tapi Nizar ditekan, dibuang, diusir dari rumah tetapi masih pertahankan rakyat Perak," katanya ketika berucap demikian kepada lebih 2,000 penyokongnya dalam ceramah di Batu Caves malam tadi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memuji Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo atas keberanian membangkitkan isu dalam Parlimen.
“Gobind Singh kena usir dari Parlimen sebab membangkitkan isu Altantuya. Tidak ramai yang berani.
"Akhirnya dia diusir dari Parlimen setahun. Cukup 16 Mac, dia akan masuk sidang, dan kita akan sambut dengan hebat," katanya.
Sambil menyifatkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebagai pejuang konsisten dan berintegriti, Anwar mempersoal sama ada Najib dan mempunyai nilai perjuangan sama.
Anwar membidas kerajaan UMN0-Barisan Nasional yang takut berhadapan Pakatan Rakyat menggunakan taktik jahat dan menyalahguna kuasa bagi menutup kesalahan mereka.
"Apa hebatnya pahlawan Melayu, pejuang Islam, kalau kerjanya hina orang, timbulkan porak peranda antara satu sama lain. Islam menganjurkan persefahaman, hormat, pertahankan keamanan, tolak rasuah, jangan zalim.
"Ini heboh Melayu bersatu, bersatu apa? Bersatu rompak tanah orang..?”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan