
Umno dan Barisan Nasional (BN) sekali lagi menggunakan pendekatan berdemonstrasi dalam menyatakan bantahan mereka.
Kali Ini, mereka berkumpul di hadapan kedutaan Australia untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Penny Williams.
Memorandum pertama yang diserahkan adalah dari gabungan Pemuda BN serta pelbagai NGO.
Mereka dipimpin oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim serta Ketua Pemuda MIC, T Mohan.
Turut menyerahkan memorandum ialah parti tajaan BN, Makkal Sakti yang dipimpin oleh ketuanya, R S Thannenthiran.

Satu jam selepas itu, Kelab Penyokong Barisan Nasional,(BNBBC) yang dipimpim Datuk Bung Mokhtar Radin yang diikuti 16 lagi Ahli Parlimen Malaysia untuk menyerahkan satu lagi memorandum.
Semua memorandum itu diterima oleh pihak kedutaan tanpa sebarang insiden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan