Home » » Melamar guna ayat di langit

Melamar guna ayat di langit

Written By canang on Isnin, 22 Februari 2010 | 2/22/2010 08:17:00 PG


SYDNEY - Seorang wanita bertuah yang bernama Sally mungkin berasa terkejut apabila dia melihat ke langit pada pagi semalam.

Menurut akhbar Daily Telegraph, ayat Marry Me Sally atau berkahwinlah dengan saya Sally terdapat di udara pada kira-kira pukul 10 pagi di sini.

Ayat itu yang dibuat dengan menggunakan sebuah pesawat ringan turut menyebabkan ribuan orang berasa seronok apabila mereka melihat ke langit.

Pada mulanya perkataan me tidak mengandungi huruf e tetapi ia kemudiannya muncul di langit.

Siapakah Sally yang dilamar oleh lelaki itu?

Akhbar itu berharap wanita yang bernama Sally itu akan menerima lamaran lelaki tersebut. - Agensi




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger