Home » » Pelakon Aksi Panas Ayu Azhari terjun kebidang POLITIK

Pelakon Aksi Panas Ayu Azhari terjun kebidang POLITIK

Written By canang on Selasa, 9 Februari 2010 | 2/09/2010 06:18:00 PTG


Menjelang pemilihan pegawai pentadbir peringkat daerah Sukabumi, aktres sensasi Indonesia, Ayu Azhari, mengakui dia bersiap sedia meninggalkan dunia glamor yang mempopularkannya."Jika terpilih, memang saya terpaksa mengetepikan dunia hiburan.

"Seperti cinta, tidak mungkin saya mampu membahagikan masa di antara seni dan pentadbiran," katanya ketika ditemui di pejabat Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), baru-baru ini.

Ayu berada di situ bagi menjalani proses pemeriksaan dan temu duga sebagai persiapan menjadi calon PDI-P dalam pemilihan timbalan pegawai daerah Sukabumi pada 27 Mei ini. Kata Ayu, 40, dia nekad terjun ke bidang politik dan ia turut disokong rakan artisnya, Rano Karno.

Rano kini menjawat jawatan timbalan pegawai daerah Tangerang.
Namun, di dunia realiti, Ayu bukan saja terpaksa berdepan dengan calon parti lawan, malah terpaksa pula menghadapi ungkitan masa silamnya.

Sebelum ini, nama Ayu lebih dikenali kerana peranannya dalam aksi panas filem.
Terkini, beredar pula gambar berahi lakonan Ayu dalam filem Without Mercy bersama lelaki kulit putih, Frank Zagarino.

Dalam klip video daripada filem berkenaan, ibu kepada enam anak itu dilihat melakukan hubungan intim dengan lelaki terbabit dalam jacuzzi.


Walaupun tubuh kedua-dua mereka ditutup buih, penonton masih boleh dengan jelas melihat buah dada Ayu.

Pemerhati berpendapat, ia adalah sebahagian daripada kempen 'hitam' pihak lawan bagi menyekat pengaruh Ayu dalam pemilihan nanti.

Turut dibangkitkan, kedudukan agama Ayu.



Menurut risalah disebarkan itu, pengundi diingatkan bahawa calon seperti Ayu tidak sesuai menjawat jawatan yang cuba direbutnya.

Menyedari cabaran daripada masa silamnya, Ayu bersikap terbuka.

Malah, dalam forum mengenai isu itu di Internet, Ayu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberi perhatian kepada masalahnya.

"Saya sedar pernah melakukan kesalahan besar dulu, tetapi tidak bermakna ia akan memberi kesan kepada pemilihan nanti.

"Saya menawarkan diri bukan kerana wang, sebaliknya sekadar mengikut kesedaran diri.

"Mudah-mudahan orang ramai tidak cuma melihat masa silam saya, tetapi memahami kesungguhan untuk berkhidmat demi bangsa," katanya.

Pada 14 Januari ini, Ayu akan kembali ke layar perak apabila filem terbarunya, Sst...Jadikan Aku Simpanan mula ditayangkan di pawagam.

Turut berlakon bersamanya dalam filem arahan Hanny A Saputra itu adalah Acha Septriasa, Julia Perez, Zidni Adam, Melody Septania dan Diaz Theo. - Agensi

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger