Home »
» Pemilihan PKR Ditunda Ke November
Pemilihan PKR Ditunda Ke November
Written By canang on Isnin, 15 Februari 2010 | 2/15/2010 01:33:00 PTG
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat pusat yang dijadualkan April ini ditunda ke November bagi membolehkan persiapan dibuat setelah pindaan perlembagaan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Kongres Nasional PKR akan tetap berlangsung pada Mei namun pemilihan parti akan diadakan pada bulan November.
Keputusan itu diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik PKR baru-baru ini, Saifuddin dipetik sebagai berkata oleh Malaysia Insider berkata, menyifatkan perlembagaan baru yang diluluskan ROS akan memberi ruang kepada 460 ribu ahli untuk menentukan kepimpinan pusat.
Namun proses pemilihan itu memerlukan masa untuk diatur bagi memastikan ketelusan dan keadilan untuk semua pihak berkenaan.
PKR adalah parti pertama di Malaysia mengguna pakai pemilihan secara langsung dari akar umbi untuk menentukan kepimpinan di peringkat Pusat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan