Home »
» Penunggang Motosikal Mati Dirempuh SUV Tajol Rosli
Penunggang Motosikal Mati Dirempuh SUV Tajol Rosli
Written By canang on Sabtu, 20 Februari 2010 | 2/20/2010 10:57:00 PG
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motosikal menyebabkan mangsa mati dalam kejadian di kilometer 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Mahad Nor Abdullah berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian jam 10.55 pagi itu dikenali sebagai Rina Kumala, 23, seorang buruh ladang.
Kemalangan berpunca apabila mangsa yang keluar dari simpang jalan utama tiba-tiba membuat pusingan U dan dirempuh kenderaan yang dipandu Tajol Rosli jenis Toyota Harrier.
Beliau berkata, lelaki warga Indonesia itu cedera teruk di kepala dan meninggal dunia sejam kemudian ketika menerima rawatan di sebuah klinik di Lenggong. Mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika kejadian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Rumah Rehat Gerik untuk menyertai sebuah majlis di situ. (Bernama)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan