Home » » Perlantikan Pengerusi PUZ Penang.. Kenapa UMNO Gelabah?

Perlantikan Pengerusi PUZ Penang.. Kenapa UMNO Gelabah?

Written By canang on Selasa, 9 Februari 2010 | 2/09/2010 12:33:00 PTG


UMNO Pulau Pinang tiba-tiba mengelabah untuk mencampuri hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan membantah cadangan perlantikan Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi PUZ ..

Cuba baca sebahagian petikan berita ini..

BUKIT MERTAJAM: Umno Pulau Pinang membantah cadangan kerajaan negeri supaya Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, dilantik sebagai Pengerusi As Sahabah Urus Zakat (PUZ) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Bantahan diputuskan pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri kelmarin kerana berpandangan cadangan itu bertujuan memanipulasi hal ehwal zakat untuk kepentingan politik, bukannya golongan asnaf.

Sehubungan itu, Umno negeri menuntut supaya jawatan Pengerusi PUZ yang disandang Yang Dipertua (YDP) Maipp, Ellias Zakaria, yang mempunyai latar belakang dan pengalaman menguruskan institusi zakat.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu yang berakhir tengah malam tadi, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan itu tidak munasabah dan bertentangan dengan amalan pentadbiran yang sihat.

"Pada hemat Umno Pulau Pinang ini adalah satu perkara yang memanipulasi hal ehwal zakat untuk kepentingan politik, bukannya untuk kepentingan asnaf yang ditentukan oleh syariat," katanya


Berita penuh sila baca di sini

Jadi kalau Zahid Hamidi mengatakan cadangan melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi As Sahabah Urus Zakat (PUZ) adalah itu tidak munasabah dan bertentangan dengan amalan pentadbiran yang sihat.

Sedarkah Zahid selama ini jawatan Pengerusi PUZ telah dipegang oleh ahli-ahli politik dari UMNO sendiri?

Adakah sebelum ini semasa memerintah Pulau Pinang, UMNO mengamalkan amalan pentadbiran yang sihat dengan meletakkan wakil Rakyat dari UMNO sebagai Pengerusi PUZ adalah satu tindakan yang munasabah dan selari dengan amalan pentadbiran yang sihat?

Isu pelantikan Pengerusi PUZ mendapat perhatian selepas YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang, YB Shabudin bin Yahaya, yang turut menjawat berkenaan, tamat tempoh tauliah pada 31 Disember lalu.

Y.B. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya adalah ADUN dari Permatang Berangan (N4) mewakili UMNO.

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah PUZ yang terakhir bersama Y.B. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya di Hotel Summit, Bukit Mertajam. Pulau Pinang pada tarikh 30/12/09. Y.Bhg. Tuan Haji Ustaz Ellias bin Zakaria telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PUZ berkuatkuasa tarikh itu sehinggalah hari ini.

Kenapa perlu Lembaga Pengarah PUZ membuat perlantikan bagi mengisi kekosongan yang akan berlaku sedangkan mereka tahu jawatan tersebut kebiasaannya akan di isi oleh Kerajaan Negeri?



Sila sambung bacaan anda di sini..
Perlantikan Pengerusi PUZ Penang.. Kenapa UMNO Gelabah?"
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger