Home » » PKR Selangor Tetap Sokong Kepimpinan Guan Eng

PKR Selangor Tetap Sokong Kepimpinan Guan Eng

Written By canang on Isnin, 1 Februari 2010 | 2/01/2010 10:11:00 PTG


Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan sokongan penuh parti itu terhadap corak pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disebalik kritikan Ahli Parlimen Bayan Baru dan PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Zahrain yang tidak bersetuju dengan sikap Guan Eng menyatakan beliau seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya.

Parti gabungan Pakatan Rakyat menolak sebarang kemungkinan Guan Eng tidak mentadbir negeri itu dengan baik.
"Parti Keadilan menaruh kepercayaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dari segi kerja dan usahanya untuk mengurus pentadbiran di Pulau Pinang".
Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata, Pakatan Rakyat teguh dengan pendirian, menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada KMPP selain melakukan pemantauan berterusan terhadap pemerintahan negeri itu.
"Keadilan dan rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi sokongan terhadap usaha yang beliau lakukan dan kita sentiasa memantau keupayaan diri," katanya.


Tambah Tan Sri Khalid, dalam mesyuarat PKR semalam, Parti Keadilan telah sebulat suara akan membawa Zahrain mengadap Jawatankuasa Tatatertib Parti Keadilan tidak lama lagi bagi menyelesaikan kemelut ini.
"Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Keadilan di Pulau Pinang, perlu kita kaji. Majlis pimpinan telah memberikan keputusan supaya perkara ini dibawa kepada jawatankuasa tatatertib Parti Keadilan".
Zahrain dalam kenyataannya lalu menggesa supaya Keadilan mempertimbangkan corak kepimpinan Guan Eng yang yang dianggap mengamalkan sikap politik dominan di negeri itu.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger