Home » » Porno kanak-kanak makin teruk di Jepun dan membimbangkan

Porno kanak-kanak makin teruk di Jepun dan membimbangkan

Written By canang on Jumaat, 19 Februari 2010 | 2/19/2010 05:21:00 PTG




TOKYO: Kes pornografi membabitkan kanak-kanak di Jepun dilapor meningkat 38 peratus tahun lalu.
Meskipun pengedaran dan penerbitan diharamkan tapi tiada peraturan melarang individu memilikinya.

Tahun lalu, polis bertindak terhadap 935 kes, meningkat 38 peratus berbanding 2008 dan angka tertinggi sejak ia direkodkan pada 2000.
Sejumlah 411 kanak-kanak menjadi mangsa dan 16 pasangan ibu bapa ditahan kerana menggunakan anak mereka untuk tujuan itu.

Kes paling memeranjatkan apabila kanak-kanak berusia setahun turut dilapor menjadi mangsa, termasuk apabila tiga ibu ditahan menjual video lucah anak-anak perempuan berusia satu hingga enam tahun.
Pakar undang-undang, Hiroshi Nakasatomi berkata, peraturan pada masa ini tidak mencukupi.“Undang-undang Jepun hanya menghukum penerbit. Hakikatnya, selagi permintaan ada, penerbit tidak bimbang untuk melanggar undang-undang,” katanya.

Hanya kini kerajaan menggubal undang-undang baru membanteras masalah ini dan menghukum semua yang terbabit. - AFP





Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger