Home » » PR: GST Tindas Rakyat, Wajib Ditolak

PR: GST Tindas Rakyat, Wajib Ditolak

Written By canang on Isnin, 22 Februari 2010 | 2/22/2010 09:12:00 PTG


Kerajaan Pakatan Rakyat mencapai kata sepakat menolak perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia membebankan rakyat bawahan.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyatakan bantahan terhadap GST dalam mesyuarat jawatankuasa Parlimen, 24 Februari depan.

GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan keatas pelbagai produk tempatan dan antarabangsa, serta perkhidmatan dan barangan.

GST adalah cukai yang dikenakan keatas setiap lapisan satu-satu produk, dari bahan mentah sehingga ke barangan siap.

GST memberi kesan keatas segenap lapisan perniagaan dan semua pengguna. Dalam erti kata lain, pengguna dikenakan cukai untuk setiap barangan, produk dan perkhidmatan.

"Cukai tambahan ini membebankan rakyat, dan merumitkan lagi situasi ekonomi hari ini dengan penyelewengan dan kebocoran yang masih berleluasa," tegas Anwar.

Anwar turut mengumumkan kerajaan Selangor akan menganjurkan forum menerangkan implikasi GST terhadap rakyat.




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger