Home »
» Pusat Beli Konsesi; PR Bimbang Air Selangor Tidak Lagi Percuma
Pusat Beli Konsesi; PR Bimbang Air Selangor Tidak Lagi Percuma
Written By canang on Rabu, 17 Februari 2010 | 2/17/2010 10:03:00 PTG
Kerajaan Pusat Umno-Barisan Nasional telah membuat tawaran yang lebih lumayan kepada syarikat konsesi air di Selangor bagi mengambil alih asetnya.
Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad yang bimbang tindakan itu akan memaksa pengguna membayar harga lebih tinggi untuk bekalan air.
Kerajaan Selangor sebelum ini menawarkan untuk mengambil alih aset empat syarikat konsesi di bawah program penstrukturan semula industri air negara.
Namun pakej bernilai lebih lima billion ringgit yang di tawarkan oleh kerajaan negeri di tolak oleh Splash, Abbas, Puncak Niaga dan Syabas pada awalnya.
Abbas dan Splash kemudian dilaporkan telah menerima tawaran itu namun Puncak Niaga dan Syabas beralih ke kerajaan pusat untuk mendapatkan tawaran lebih baik.
Adalah difahamkan kerajaan pusat menawarkan 9.7 billion ringgit untuk mengambil alih aset keempat-empat syarikat berkenaan.
Apa yang membimbangkan ialah implikasinya kepada rakyat negeri Selangor.
"Kerajaan Negeri telah membuat tawaran yang munasabah kepada setiap konsesi terbabit tetapi nampaknya Kerajaan Pusat juga turut membuat tawaran. Apa yang kita bimbang adalah pemilik konsesi (sekiranya menerima tawaran Kerajaan Pusat) akan memindahkan kos (pembelian) kepada pengguna," tegas Dr Dzulkefly.
Beliau berkata kerajaan pusat harus menghormati hak kerajaan negeri berunding dengan syarikat konsesi berkenaan.
Menurutnya lagi, yang penting ialah rakyat tidak dibebankan dengan kos yang lebih tinggi akibat ghairah melindungi syarikat terbabit.
"Kerajaan Negeri masih lagi berharap, dan menegaskan keterlibatan Kerajaan Negeri mestilah berbaloi. Sekiranya Kerajaan Pusat mahu meneruskan tawarannya kepada pemilik konsesi, akhirnya ia akan bercanggah dengan matlamat penstrukturan air itu," jelas Dr Dzulkefly.
Beliau kesal kerana kerajaan Pusat meminta kerajaan negeri membuat rundingan, sebaliknya mengambil alih proses itu apabila pampasan yang ditawar oleh kerajaan negeri tidak disenangi oleh syarikat berkenaan.
"Melihat kepada perkembangan ini, kita merumuskan bahawa Kerajaan Pusat sekadar mahu melindungi Puncak Niaga dan Syabas kerana dua syarikat ini terbukti menanggung hutang yang banyak," kata Dzulkefly.
"Apa yang membingungkan saya adalah mengapa Kerajaan Pusat beria-ria mahu menyerahkan sistem air sebegini penting kepada mereka yang tidak berkeupayaan," tambah beliau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan