Home » » Rakyat Perak dah tahu Zambry,BN PENGECUT:Tiada pilihan raya mengejut di Perak - Ahmad Husni

Rakyat Perak dah tahu Zambry,BN PENGECUT:Tiada pilihan raya mengejut di Perak - Ahmad Husni

Written By canang on Ahad, 28 Februari 2010 | 2/28/2010 08:34:00 PTG


TAPAH: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.
Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan Umno serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak, beliau pastinya mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak.

"BN Pusat bermesyuarat kira-kira dua minggu lepas, Umno Pusat bermesyuarat pada minggu lalu dan BN Perak juga bermesyuarat baru-baru ini, tidak ada dibincangkan langsung mengenai soal pilihan raya mengejut.
"Sebaliknya mesyuarat berkenaan hanya mengingatkan bahawa semua parti komponen BN perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kerajaan BN mendapat mandat besar bagi terus mentadbir negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Merdeka di sini hari ini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tapah.

Desas-desas pilihan raya mengejut di Perak timbul selepas seorang Timbalan Presiden sebuah parti komponen BN dikatakan menyerahkan senarai nama calon daripada parti itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar pada petang semalam.
Sumber daripada parti komponen BN itu turut mendakwa bahawa pilihan raya mengejut berkenaan akan berlangsung pada September ini mengikut perancangan awal Zambry.

Menyentuh isu lain, Ahmad Husni yang juga Menteri Kewangan II menolak kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sebelum ini bahawa model ekonomi baru yang akan dilaksanakan kerajaan bakal menyebabkan golongan Bumiputera terus ketinggalan daripada segi ekonomi.

Beliau berkata, kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak dalam perancangannya untuk melaksanakan model ekonomi baru berkenaan dan pelaksanaannya bakal melahiran usahawan bumiputera yang berwibawa "duduk" dalam dunia ekonomi sebenar.

"Kerajaan tidak akan mengenepikan mana-mana ras dalam negara ini, semua orang akan mendapat manfaat daripada model ekonomi baru yang akan dilaksanakan," katanya.

Katanya model ekonomi baru itu akan dibentangkan sekali lagi kepada Kabinet pada Mac ini bagi mendapatkan kelulusan daripada segi kerangkanya sebelum diperincikan dan seterusnya diumumkan pada separuh kedua 2010. - Bernama

Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biarlah..tunggu je PRu...jangn termakan mainan politik NAJIB ni...
jangn gopoh..tengok la mainan UMNO kat Perak pasal lompat melompat...bahaya..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger