Home » » Rosmah nafi “kuasa” di belakang Najib

Rosmah nafi “kuasa” di belakang Najib

Written By canang on Sabtu, 20 Februari 2010 | 2/20/2010 01:42:00 PTG


Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor berkata beliau bukan 'tangan ghaib' di sebalik keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

Namun Rosmah mengakui beliau lantang bersuara tetapi “jenis saya kalau saya tak puas hati saya cakap, tapi bila habis habislah, saya tak simpan dalam hati."
Rosmah berkata beliau tahu wujud persepsi bahawa beliau yang membuat keputusan membabitkan urusan kerajaan dan bukannya Najib namun menegaskan bahawa ia “bukaan perkara betul.”

"Boleh jadi saya ni bising sikitlah, bak kata orang putih saya gregarious... saya suka kepada kawan-kawan, Datuk Najib ni boleh jadi dia 'reserve' sikit.

"Tapi tidak semestinya kalau Datuk Najib itu reserve saya yang buat keputusan,” kata Rosmah dalam rancangan Hello Malaysia kendalian BernamaTV di Wisma Bernama semalam.

Rosmah berkata walaupun Najib seorang yang tidak banyak bercakap tetapi beliau tidak harus di pandang rendah.

Beliau juga menggambarkan suaminya sebagai seorang yang “jangan bagi sampai dia marah,, kalau dia marah itulah tahap tiada maaf bagi mu.”

Rosmah berkata beliau bertindak sebagai rakan baik suaminya dan sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada perdana menteri.

"Apa yang mustahak saya dan Datuk Najib mempunyai hubungan yang rapat di mana kami juga berbincang kalau ada masalah, kami juga ketawa dan kami juga suka bergurau sebab adalah penting untuk beliau sebagai seorang pemimpin tidak terlalu stres.


Kalangan ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat merungut bahawa Rosmah campurtangan dalam urusan kerajaan dan parti Umno.

Stesen telivisyen TV3 pula diarahkan untuk memastikan setiap acara Rosmah diberikan liputan meluas dan menjadi antara berita pokok dalam Buletin Utama.

Pada perbicaraan Anwar Ibrahim Khamis lalu, peguam Karpal Singh berkata najib dan Rosmah adalah “tangan ghaib” yang mendalangi pertuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Ini berdasarkan pengakuan Najib sendiri bahawa beliau berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum Saiful mendakwa kononnya beliau diliwat oleh Anwar walaupun pemeriksaan pakar di Hospital Kuala Lumpur mendapati tidak ada bukti sebegitu.

Sebelum itu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam turut mendakwa Rosmah terbabit dalam cubaan menutup hubungan antara Najib dengan warga Mongolia Altantunya Shariibuu yang mati dibom pada tahun 2006.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger