Home »
» Pelacuran dikalangan kanak-kanak
Pelacuran dikalangan kanak-kanak
Written By canang on Khamis, 11 Februari 2010 | 2/11/2010 10:46:00 PTG
SEBAGAI seorang anak Sandakan, membaca artikel Sabahkini.net sehingga ke penghujung seolah-olah menghiris rasa dan emosi saya. Sukar untuk menerima kenyataan bahawa kemesuman pelacuran kanak-kanak menjadikan Sandakan sebagai dunianya dan tanpa siapa yang bangkit untuk menamatkan episod ngeri ini.
Lebih mendukacitakan apabila pihak-pihak yang sepatutnya membela anak-anak ini terlibat sama menghancurkan masa hadapan anak-anak yang mungkin sebaya dengan anak kandung mereka. Melalui artikel Sabahkini.net, dapat disimpulkan bahawa kakitangan kerajaan, termasuklah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) yang bertanggung jawab membawa keluar anak-anak ini dari kancah kehinaan, menambah luka yang semakin sukar diubati.
Peranan sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang sewajarnya menjadi pembela kepada anak-anak murid mereka, bertindak cuba menutupi permasalahan ini.
Apakah mereka lupa bahawa mereka sedang menghancurkan masa hadapan bangsa dan negeri? Apakah dengan menutupi kemesuman industri pelacuran di kalangan murid-murid sekolah akan menyelesaikan masalah?
Apakah mereka lupa atau pura-pura lupa yang sedang dilacur itu adalah anak-anak yang perlu kepada pembelaan bukannya cuba berselindung atas nama kepentingan menjaga nama baik sekolah?
Kita juga sewajarnya bertanya, apakah Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pendidikan Negeri juga terlibat membisukan barah yang sedang merebak ini?
Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab penuh di atas kebajikan murid-murid, sewajarnya permasalahan ini menjadi agenda utama untuk diperjuangkan. Cukuplah sekadar tidak ada satu sekolahpun dari Sabah yang tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), jangan sampai sekolah-sekolah di Sabah dikenali sebagai sarang mengeluarkan pelacur amatur.
Soalan juga harus ditujukan kepada pihak berkuasa Polis, apakah mereka tidak mempunyai maklumat mengenai sindiket-sindiket seperti ini sehinggakan ia terus dibiarkan tanpa ada tindakan serius. Berita Selanjutnya SILA KILK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan