Home » » Seorang guru membunuh diri dengan meminum racun selepas bekas teman lelaki mengedar gambar bogelnya

Seorang guru membunuh diri dengan meminum racun selepas bekas teman lelaki mengedar gambar bogelnya

Written By canang on Jumaat, 26 Februari 2010 | 2/26/2010 12:51:00 PTG


Seorang guru membunuh diri dengan meminum racun selepas bekas teman lelakinya menghantar gambar bogelnya dalam internet, ibunya mendakwa kelmarin.

Emma Jones, 24, bertugas di sebuah sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, bimbang dia akan dipenjarakan berhubung imej terbabit.

Dia mula berkemas barangnya untuk kembali ke Britain namun meminum cecair pembersih dan mayatnya ditemui teman serumahnya.

Ibunya, Louise Rowlands berkata, anaknya tertekan selepas bekas teman lelakinya, Jamie Brayley menghantar gambarnya dalam Facebook.

“Dia membuat salinan fail daripada komputer dan memuat turun gambar bogel Emma.


“Gambar itu diletakkan dalam Facebook milik anak saya dan Emma dituduh melacur oleh seorang lelaki yang bekerja di sekolahnya,” dakwa Rowlands - Agensi

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger