Home » » SPRM Patut Kait Kes Hasbie Dengan Norza

SPRM Patut Kait Kes Hasbie Dengan Norza

Written By canang on Rabu, 17 Februari 2010 | 2/17/2010 02:24:00 PTG


Dalam kenyataan media, Ahli Lembaga Gerak Malaysia mahu siasatan terperinci yang dijalankan terhadap Hasbie turut melibatkan Norza yang kini dalam perbicaraan rasuah.

"Ini berikutan Hasbie bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk Mohamed Nor ketika masih Menteri Kewangan Kedua sejak April tahun lalu dan siaatan kes itu dibuat sejak setahun lalu," kata kenyataan itu.

Gerak Malaysia juga berpendapat peletakan jawatan Hasbie tanpa sebarang alasan yang kukuh telah mencemarkan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Gerak Malaysia turut menganggap Najib gagal dalam mengotakan janji apabila masih wujud budaya korupsi dan pecah amanah dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam isu lain, Gerak Malaysia juga berkata, Gerak terkejut dengan pengumuman SPRM tentang penutupan kes berprofail tinggi baru-baru ini akibat kegagalan mereka mengumpul bahan bukti.


Justeru, SPRM digesa supaya lebih cekap, transparen dan bebas semasa melakukan siasatan terhadap kes yang berprofail tinggi, selain melakukan proses siasatan yang adil.

"SPRM juga mestilah matang dengan berbekalkan teknologi sedia ada dalam melakukan penyiasatan dan pengumpulan bukti kukuh," katanya.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger