Home »
» YBK Tidak Akan Terlepas Dari Tanggungjawab Terhadap Rakyat
YBK Tidak Akan Terlepas Dari Tanggungjawab Terhadap Rakyat
Written By canang on Isnin, 8 Februari 2010 | 2/08/2010 01:46:00 PTG
Tindakan Yayasan Basmi Kemiskinan membuat laporan polis terhadap pimpinan kerajaan negeri tidak akan melepaskan badan itu daripada tanggungjawabnya kepada rakyat.
Setiusaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan negeri tidak ada masalah untuk memberikan kerjasama yang baik sekiranya dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan.
“ Tidak ada apa-apa lah. Sesiapa boleh buat laporan polis. Dan kalau polis minta kita beri kerjasama, kita akan beri kerjasama dalam siasatan tersebut” katanya kepada Tv Selangor.
Laporan polis itu dibuat semalam oleh salah seorang Pengarah PYBK, Mohamed Tamin Mohd Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang turut disertai oleh Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom.
“ Kita daripada awal lagi, kita hendak selesai perkara ini dengan cara yang baik. Tetapi malangnya mereka memilih untuk tidak bekerjasama. Jadi apa mereka hendak buat itu, terpulang kepada mereka lah” tambah beliau lagi.
Laporan polis di buat bersabit isu pembayaran cukai tanah yang tidak di lunaskan oleh YBK sejak bertahun-tahun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan