Home »
» 10 graduan Mara diisytihar bankrap
10 graduan Mara diisytihar bankrap
Written By canang on Selasa, 30 Mac 2010 | 3/30/2010 06:00:00 PTG
KUALA TERENGGANU - Seramai 10 graduan di seluruh negara sehingga kini telah diisytiharkan bankrap berikutan gagal membayar semula pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Muhamad berkata, pengisytiharan bankrap terhadap beberapa graduan yang gagal membayar semula pinjaman itu seharusnya menjadi pengajaran kepada peminjam lain.
Menurutnya, pihak Mara tidak kejam dan bukan sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian, sebaliknya tempoh telah diberikan selama dua hingga tiga tahun bag:i graduan terbabit membayar semula pinjaman berkenaan.
“Kini, kami juga masih berunding dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menyekat peminjam yang gagal membayar hutang daripada pergi ke luar negara sebagaimana dilakukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN).
“Kes gagal membayar pinjaman ini bukan perkara remeh kerana jika mereka gagal bayar, bagaimana kami mahu memberikan pembiayaan pelajaran kepada pelajar lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2010 Peringkat Zon Timur di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Mara, Ibrahim Ahmad dan Pengarah Mara Terengganu, Razali Nurdad.
Ibrahim berkata, sehingga kini terdapat kira-kira RM500 juta hutang tertunggak yang masih belum dibayar graduan yang telah menamatkan pengajian mereka, sama ada di dalam mahupun luar negara.
“Bagaimanapun, daripada jumlah itu terdapat juga segelintir graduan layak mendapat pengecualian daripada membayar pinjaman di bawah Skim Pelajar Cemerlang tetapi mereka masih belum memohon untuk dikecualikan.
“Jika graduan masih belum mendapat pekerjaan, mereka juga boleh memohon untuk menangguhkan daripada membayar,” katanya.
Sementara itu Ibrahim berkata, Institut Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Kemaman yang pembinaannya ketika ini baru sahaja siap akan beroperasi dan mengambil pelajar mulai tahun depan.:klik sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan