Home » » 18 sx :40,000 pelacur 'bertanding' di Piala Dunia

18 sx :40,000 pelacur 'bertanding' di Piala Dunia

Written By canang on Selasa, 9 Mac 2010 | 3/09/2010 06:33:00 PTG


JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 40,000 pelacur akan memasuki Afrika Selatan menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, pertengahan tahun ini.

Negara tuan rumah meningkatkan kawalan sempadan terhadap kebanjiran pekerja seks yang cuba mensasarkan peminat bola sepak sepanjang sebulan musim perlawanan yang menjadi tumpuan itu.

Timbalan Pengerusi Pihak Berkuasa Dadah Pusat negara itu, David Bayerer berkata pihak berkuasa tempatan bimbang ramai wanita yang akan dipaksa bekerja di jalanan untuk mensasarkan pelancong di negara itu ketika hampir 16 peratus penduduknya dibimbangi menghidap HIV.


Ia amat menakutkan dan membimbangkan. Kami dimaklumkan penganjur bahawa mereka bimbang kira-kira 40,000 pelacur memasuki negara ini bagi Piala Dunia.

“Wanita terbabit dijangka datang dari i seluruh dunia terutama dari timur Eropah. Ia mengenai duit, dan jika anda seorang pekerja seks jadi akan ada wang di Afrika Selatan pada 2010.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger