Home »
» 40 Peratus Exco Selangor Adalah Wanita
40 Peratus Exco Selangor Adalah Wanita
Written By canang on Isnin, 8 Mac 2010 | 3/08/2010 08:05:00 PTG
SHAH ALAM 8 MAC: Masyarakat, tidak kira lelaki atau wanita berperanan mengembalikan rasa hormat dan hak kesaksamaan kepada wanita demi pemulihan keselamatan sosial.
Itulah antara intipati perutusan Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail sempena hari wanita sedunia peringkat negeri Selangor, hari ini.
Kerajaan Selangor sebenarnya sudahpun mendukung perjuangan kesamaan taraf dan hak antara lelaki dan wanita itu berdasarkan bilangan exconya.
"Pimpinan negeri cukup prihatin dan mengambil kira wanita dalam setiap perancangan dan pembangunan negeri. Ini dibuktikan dengan meletakkan kepimpinan tertinggi wanita lebih dari 30 peratus.
"Sekarang ini, 40 peratus exco Selangor adalah wanita," katanya yang juga Exco Hal Ehwal Wanita pada sidang media di sini, semalam.
Beliau juga melancarkan motto untuk sambutan hari wanita tahun ini, ‘kembalikan rasa hormat dan hak kesaksamaan kepada wanita demi pemulihan keselamatan sosial.
"Satu pelan tindakan yang proaktif dan substantif serta kerjasama masyarakat terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa perubahan positif yang mampu mengembalikan rasa hormat terhadap wanita dan hak saksama.
"Ini penting demi pembasmian keganasan dalam sosial dan jaminan keselamatan bagi wanita," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan