Home » » Agong: Kebebasan Bersuara Adalah Ciri Demokrasi

Agong: Kebebasan Bersuara Adalah Ciri Demokrasi

Written By canang on Isnin, 15 Mac 2010 | 3/15/2010 02:33:00 PTG

KUALA LUMPUR, 15 MAC - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meningatkan semua pihak agar tidak menyalah-gunakan kebebasan bersuara.

“Kebebasan bersuara adalah ciri demokrasi dan masyarakat yang matang. Bagaimanapun kebebasan itu bukan alasan bagi mana-mana pihak untuk memburukkan pihak yang lain sehingga meniupkan sentimen perkauman dan mencetuskan konflik,”titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada ucapannya ketika merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 .

Dalam pada itu, baginda turut melahirkan rasa dukacita baginda terhadap pengabaian kebebasan yang dilakukan oleh media baru pada ucapannya

Tuanku Mizan berititah “fitnah, pembohongan dan pemesongan fakta masih berterusan” dengan rujukan terhadap kandungan media baru.

“Semua pihak yang terlibat perlu sedari, tiada agama yang merestui tindakan sedemikian. Kami menggesa mereka supaya menghentikan segera perbuatan itu,” titah baginda.

Baginda juga mahu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang bertanggung-jawab tetapi tidak menamakan pihak berkenaan.

Terdahulu, ketibaan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tuanku Mizan kemudian menerima sembah “Hormat Diraja” sebelum lagu “Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd. Okhtat.

Ia disusuli dengan kibaran Bendera Diraja yang disertai dengan tembakan meriam 13 das.

Yang di-Pertuan Agong kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Rozaini Mohd.

Selepas memeriksa perbarisan kehormat, Seri Paduka kembali ke Peterana Diraja dan menerima sembah “Hormat Diraja” kali kedua sebelum Negaraku dimainkan sekali lagi.

Baginda kemudian diiringi Najib serta Muhyiddin memasuki bangunan Parlimen.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga akan bermula esok dan berakhir 15 April.


HDMI (2 meter) 6 foot cable HQ 1080P 1.3b
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger